Thursday, February 24, 2011

لا قذافي

Hari ini hari Jumaat. Jumaat merupakan penghulu bagi hari dalam seminggu. Banyak peritiwa berlaku dihari Jumaat. Peristiwa terkini yang sedang berlaku di Libya atau Libia sedang diperhatikan oleh warga dunia. Dua pemimpin diktator telah tumbang pada hari Jumaat di benua Afrika waktu-waktu yang terdekat ini. Mungkin kah Gadafi akan menjadi pemimpin ketiga tumbang di Afrika? Semua sedang berdebar menyaksikan ketabahan dan keberanian anak-anak muda Arab di Afrika.
Adakah anak muda Asia juga sedang mempelajari tindakan kawan-kawan mereka di Afrika?
Ya kita tentu menunggu dengan debar adakah reformasi Afrika akan menular ke benua lain termasuk Asia. Yang paling hampir ialah Thailand dan Burma ATAU adakah nanti anak muda Sabah dan Sarawak membuat kejutan!

No comments:

Post a Comment