Selagi hukum hudud tidak dijalankan selagi itu kejadian kecurian akan berlaku di Bandar Tun Razak. Itulah komen saya kepada jemaah yang baru saja selesai solat zohor sebentar tadi. Mereka semua merungut kenapa ada orang sanggup curi duit tabung surau. Aku kata kalau duit negara berbilion boleh orang curi inikan duit tabung surau.Selagi pemimpin masih lagi dipilih dari kalangan munafik selagi itu masalah kecurian harta surau, harta pejabat, harta negara akan berlaku. Kita lihat saja di negara Arab sekarang ini, yang menjadi huru-hara. Sebabnya mudah saja - selagi hukum Allah tidak dijalankan dan hukum manusia disanjung tunggulah padah yang akan menimpa manusia dimana saja.
Ada juga muslimah yang mengadu - kenapa tak lapor kepada polis. Apa PDRM? Mereka pun tidak ikut hukum Allah - boleh percaya ke?
Aku cucu/anak polis - aku tahu perangai ketua-ketua mereka. Kebanyakan daripada pemimpin mereka bergelumang dengan maksiat. Atuk dan bapak aku dulu berjuang mempertahanankan negara dari ancaman komunis. Bukan macam sekarang, polis hanya tahu mempertahankan pemimpin mereka yang korup dengan maksiat.
Aku tidak heran orang Melayu akan digantikan dengan kaum lain di masa akan datang sekiranya mereka masih lagi hidup secara maksiat - rasuah, mencuri, menipu, menfitnah ...
Lagipun sekarang pun yang tinggal hanyalah baju Melayu.
Orang sekarang sudah jemu untuk buat laporan Polis kerana tindakan tidak diambil. Dan mereka juga takut kalau pencuri bertindak ke atas rumah mereka pula. Kerana kecurian hanya boleh diatasi dengan cara dakwah diri pencuri. Juga sekarang harga barang semuanya mahal, mungkin pencuri lakukan kerana terpaksa.
ReplyDelete